Pilihan adaptasi institusi Adaptasi perubahan iklim

Pelancaran Projek Adaptasi Bandaraya Pesisir Pantai di Quelimane, MozambiqueProjek Adaptasi Bandaraya Pesisir Pantai, di Quelimane, Mozambique. Projek ini akan meningkatkan persediaan Quelimane terhadap bencana seperti banjir, hakisan, kenaikan aras laut dan sebagainya.

Prinsip-prinsip sebuah dasar yabg efektif

Scheraga dab Grambsch[50] mengenal pasti sembilan prinsip untuk dipertimbangkan ketika menggubal dasar adaptasi, seperti perbezaan kesan perubahan iklim di kawasan yang berbeza, demografik, dan keberkesanan. James Titus, pengurus projek bagi kenaikan aras laut di Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, mengenal pasti kriteria-kriteria yang berikut yang harus digunakan oleh penggubal dasar ketika menilai tindak balas terhadap pemanasan global: keberkesanan ekonomi, kelenturan, kesegeraan, kos rendah, kesaksamaan, kebolehlaksanaan institusi, sumber unik atau penting, kesihatan dan keselamatan, ketekalan, dan sektor awam lawan swasta.[51]

Skala masa yang berbeza

Adaptasi boleh berlaku semasa menjangka akan berlakunya satu perubahan (adaptasi diduga, Bahasa Inggeris: anticipatory adaptation), atau sebagai tindak balas terhadap perubahan tersebut (adaptasi reaktif).[52] Misalnya, penghasilan salji buatan manusia]] di Banjaran Alp di Eropah merupakan tindak baals terhadap tren iklim terkini, manakala pembinaan Confederation Bridge di Canada di ketinggian yang lebih tinggi adalah selepas mengambil kira kesan kenaikan aras laut terhadap kelegaan kapal pada masa depan.[39]

Maladaptasi

Kebanyakan adaptasi adalah berdasarkan perubahan iklim jangka pendek, namun hal ini mungkin akan menyebablan maladaptasi atau salah adaptasi terhadal trend iklim jangka panjang. Misalnya, peluasan sistem perairan di Mesir ke gurun Sinai Barat disebabkan oleh aliran sungai yang lebih tinggi dari biasa merupakan satu maladaptasi sedangkan ramalan jangka panjang menunjukkan bahawa kawasan tersebut akan menjadi lebih kering.[53] Adaptasi di satu skala juga boleh mengwujudkan kesan luaran terhadap skala yang lain dengan mengurangkan kapasiti adaptif pihak lain. Hal ini lazim berlaku apabila penilaian kos dan manfaat tindakan adaptasi berlaku dalam skala yang lebih kexil sehinggalah hanya memfokuskan manfaat kepada pihak-pihak tertentu.[52]

Strategi mengatasi tradisional

Manusia sering menyesuaikan diri dengan perubahan sekeliling mereka dan sudaj wujudnya strategi-strategi menghadapi perubahan sedemikian dalam komuniti tertentu, misalnga mengubah masa menyemai atau menggunakan teknik penjimatan air.[53] Ilmu dan strategi menghadapi tradisional mestilah dikekalkan dan diperkasakan, kalau tidak kapasiti adaptif akan dilemahkan kerana ilmu tempatan terhadap alam sekitar telah lenyap. Memperkasakan teknik-teknik tempatan ini juga memudahkan strategi adaptasi diterima oleh masyarakat kerana pendekatan ini mengwujudkan lebih banyak pemilikan dan penglibatan komuniti dalam proses tersebut.[39] Dalam kebanyakan kes, ilmu tradisional adalah tidak mencukupi untuk menghadapi keadaan baharu dan penggunaan teknik baharu masih diperlukan.[54] Adaptasi bertambah yang dilaksanakan juga telah menjadj tidak mencukupi apabila risiko dan kerentanan perubahan iklim meningkat. Dalam kes ini, adaptasi transformasi yang lazimnya lebih berskala besar dan berharga tinggi diperlukan.[55] Usaha pembangunan kini sudah semakin memfokuskan adaptasi perubahan iklim yang berasaskan masyarakat serta mencari jalan untuk mempertingkatkan ilmu, penglibatan dan pemilikan penduduk tempatan dalam strategi adaptasi.[56]

Pembiayaan iklim

Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), di bawah Artikel 11, telah memasukkan mekanisme pembiayaan kepada parti negara membangun untuk menyokong usaha adaptasi mereka.[57] Setkat 2009, wujudnya tiga tabung dana di bawah mekanisme pembiayaan UNFCCC. Special Climate Change Fund (SCCF)[58] dan Least Developed Countries Fund (LDCF) dikendalikan oleh Global Environmental Facility[59] manakala The Adaptation Fund ditubuhkan ekoran rundingan COP15 dan COP16 serta dikendalikan oleh sekretariat yang tersendiri. Asalnha, apabila Protokol Kyoto dikuatkuasakan, The Adaptation Fund adalah dibiayai oleh 2% levy atas Clean Development Mechanism (CDM).

Pada Sidang Kemuncak Copenhagen 2009, para anggota negara telah komited dalam sasaran untuk memberikan $100 bilion setiap tahun kepada negara membangun untjm memitigasi dan mengadaptasi perubahan iklim selewat-lewatnya pada 2020.[60] Green Climate Fund telah diwujudkan pada 2010 sebagai salah satu langkah untuk mencapai sasaran ini. Pada Persidangan Paris 2015, para anggota negara telah bersetuju bahawa pemberian $100 bilion secara tahunan itu perlulah dibahagikan secara seimbangnya antara mitigasi dan adaptasi. Setakat Disember 2020, sasaran tersebut masih belum dicapai, dan kebanyakan pembiayaan negara membangun masih menyasarkan mitigasi, dengan pembiayaan terhadap adaptasi hanya meliputi 21% daripada pembiayaan awam yang diberikan pada 2020.[61][62][63]

Rujukan

WikiPedia: Adaptasi perubahan iklim http://www.ipcc.ch/pdf/assessment-report/ar4/wg2/a... http://www.ipcc.ch/publications_and_data/ar4/wg2/e... http://dotearth.blogs.nytimes.com/2011/05/23/citie... http://www.scientificamerican.com/article/all-clim... http://www.swissre.com/rethinking/climate_and_natu... http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/j.1759-... http://www.geog.psu.edu/pdf/Smit_Wandel_GEC.pdf http://epa.gov/climatechange/effects/downloads/ada... http://www.epa.gov/eims/global/clim_res.pdf //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/17391179